Inginkan Maklumat Berkaitan Herba,Sila Taip Keyword Berkaitan?

SALAM HERBA

Dalam melayari kehidupan seharian, menjaga kesihatan tubuh badan adalah satu perkara yang amat penting kepada manusia. Tubuh yang sihat adalah lambang kepada kecergasan, keupayaan dan kehebatan kepada seseorang. Sebagai contoh apabila kita bertemu dengan teman ataupun ahli keluarga perkara pertama yang akan ditanya adalah khabar berkaitan dengan kesihatan. Pertanyaan sebegini memperlihatkan betapa bernilainya erti sebuah kesihatan. Tambahan pula menjaga kesihatan merupakan suatu tuntutan dalam agama Islam. Sebagaimana dalam Sabda Rasulullah yang bermaksud: Akal yang sihat adalah lahir dari tubuh yang sihat.Rasulullah dalam amalan pemakanan baginda seharian amat mementingkan kualiti dalam makanan, contohnya Rasulullah sentiasa mengamalkan madu untuk mengekalkan tahap kesihatan batang tubuhnya. Seandainya dikaji madu merupakan sejenis minuman yang berkhasiat tinggi dan amat baik dalam merawat penyakit. Penghasilan dari pelbagai jenis bunga dan tumbuhan herba membuatkan madu diantara produk yang mahal dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengamal minuman madu.Di negara kita kesedaran berkaitan dengan kebaikan mengamalkan herba adalah agak memuaskan. Apa yang diperhatikan setakat ini golongan China merupakan bangsa yang gemar mengamalkan herba. Lihat sahajalah di bandar-bandar mahupun pekan-pekan kecil pasti terdapat kedai yang menjual pelbgai jenis herba yang memiliki pelbagai khasiat. Contohnya herba gingseng, teh cina, buah ceri yang sekira pandai menggunakannya dapat menyejukkan tubuh badan. Selain itu, terdapat sejenis tumbuhan herba yang bernama hempedu bumi yang turut dipanggil pokok cerita adalah baik dalam merawat tanda-tanda awal dijangkiti demamSetelah melihat situasi ini, jelaslah bahawa secara peribadi kita masih lagi kurang untuk menghayati dan memiliki pengetahuan dalam mengambil feaedah daripada rahsia tumbuhan dan alam ini. Bayangkan sekiranya kita mahir mengadaptasikan tumbuhan ciptaan Tuhan ini, pelbagai kegunaan dapat diperolehi dan diguna pakai. Insyaalah dalam ruangan ini anda boleh mendapat informasi dan cara-cara untuk menggunakan tumbuhan herba untuk kesihatan tubuh badan kita seharian.
Selamat melayari laman Taman-Herba ini