Inginkan Maklumat Berkaitan Herba,Sila Taip Keyword Berkaitan?

BELIMBING TANAH

Belimbing tanah merupakan tumbuhan berumpun dan sukar ditemui, tumbuhan ini biasanya didapati di kawasan yang agak redup terutama dikawasan semak samun dan berbukit.Belimbing tanah mempunyai bunga yang cantik berbentuk seperti rama-rama.Menghasilkan buah yang bertangkai panjang dan berwarna hitan dan hampir sama dengan buah belimbing.Amat menarik dijadikan tumbuhan hiasanAmat berkesan menurunkan tekanan darah tinggi. Hasil rebusan air dari pokok herba ini di minum 2 kali sehari. Dinasihatkan pengambilannya harus harus diambil dalam dos yang terkawal.Pegambilan yang melebihi berkemungkinan boleh menyebabkan masalah tekanan darah rendah.Peringatan bagi persakit yang mengalami tekanan darah rendah adalah dilarang mengambilnya sama sekali. Selain dari darah tinggi penyakit-penyakit lain yang boleh di ubati dengan herba ini adalah seperti masalah buasir, kencing manis, lemah jantung, buah pinggag dengan cara pengambilan yang sama. pesakit harus dikawal oleh doktor bagi mengelak tekanan darah tidak turun ke tahap yang bahaya.

ATI-ATI MERAH

Pokok Ati-ati Merah ( Coleus Blumei) nerupakan sejenis herba yang mempunyai pelbgai khasiat tinggi. Selain mempunyai nilai perubatan tersendiri , secara tidak sedar tumbuhan herba ini turut dijadikan sebagai tanaman hiasan laman rumah. Diantara ciri-ciri pokok Ati-Ati Merah Adalah:Warna yang pelbagai
Ungu, hijau, campuran merah jambu dan hijauMemerlukan air yang banyakMusim kemarau memerlukan siraman air dua kali petang dan pagiakarSerabut, mudah reput sekira pasu di takungi airCara membiakJalaran akar, keratan batangCahaya matahariMemerlukan sinaran matahari yang banyakBentuk daunPengkal bulat hujung meruncing, terdapat juga tepi daun berjeriji dan kerintingBungaBunga kecil dalam bentuk jambakMengikut Kajian Saintiik daun, batang dan akar pokok ini memiliki kandunga sponin, flavanoid serta dan turut memiliki kandungan minyak pati.Khasiat Herba Ini Adalah:

KAEDAH PENGGUNAAN

Ubat luka
Daun ditumbuk hancur kemudian ditampal di tempatMelecur
Haid tidak lancar
Daun ditumbuk hancur dan dicampur dengan sedikit air, jus air diminum 3 hari 3 malam
Keputihan
Daun Ditumbuk Hancur Dan Dicampur Dengan Sedikit Air, Jus Air Diminum 3 Hari 3 Malam
Sakit perut
15 gram daun ditumbuk hancur dan dicampur dengan sedikit air, jus air diminum 1 hari se malam
Pedih ulu hati
Demam nifas
15 gram daun ditumbuk hancur dan dicampur dengan sedikit air, jus air diminum 1 hari semalam

SALAM HERBA

Dalam melayari kehidupan seharian, menjaga kesihatan tubuh badan adalah satu perkara yang amat penting kepada manusia. Tubuh yang sihat adalah lambang kepada kecergasan, keupayaan dan kehebatan kepada seseorang. Sebagai contoh apabila kita bertemu dengan teman ataupun ahli keluarga perkara pertama yang akan ditanya adalah khabar berkaitan dengan kesihatan. Pertanyaan sebegini memperlihatkan betapa bernilainya erti sebuah kesihatan. Tambahan pula menjaga kesihatan merupakan suatu tuntutan dalam agama Islam. Sebagaimana dalam Sabda Rasulullah yang bermaksud: Akal yang sihat adalah lahir dari tubuh yang sihat.Rasulullah dalam amalan pemakanan baginda seharian amat mementingkan kualiti dalam makanan, contohnya Rasulullah sentiasa mengamalkan madu untuk mengekalkan tahap kesihatan batang tubuhnya. Seandainya dikaji madu merupakan sejenis minuman yang berkhasiat tinggi dan amat baik dalam merawat penyakit. Penghasilan dari pelbagai jenis bunga dan tumbuhan herba membuatkan madu diantara produk yang mahal dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengamal minuman madu.Di negara kita kesedaran berkaitan dengan kebaikan mengamalkan herba adalah agak memuaskan. Apa yang diperhatikan setakat ini golongan China merupakan bangsa yang gemar mengamalkan herba. Lihat sahajalah di bandar-bandar mahupun pekan-pekan kecil pasti terdapat kedai yang menjual pelbgai jenis herba yang memiliki pelbagai khasiat. Contohnya herba gingseng, teh cina, buah ceri yang sekira pandai menggunakannya dapat menyejukkan tubuh badan. Selain itu, terdapat sejenis tumbuhan herba yang bernama hempedu bumi yang turut dipanggil pokok cerita adalah baik dalam merawat tanda-tanda awal dijangkiti demamSetelah melihat situasi ini, jelaslah bahawa secara peribadi kita masih lagi kurang untuk menghayati dan memiliki pengetahuan dalam mengambil feaedah daripada rahsia tumbuhan dan alam ini. Bayangkan sekiranya kita mahir mengadaptasikan tumbuhan ciptaan Tuhan ini, pelbagai kegunaan dapat diperolehi dan diguna pakai. Insyaalah dalam ruangan ini anda boleh mendapat informasi dan cara-cara untuk menggunakan tumbuhan herba untuk kesihatan tubuh badan kita seharian.
Selamat melayari laman Taman-Herba ini